Kementerian Kesihatan bersedia membuat ujian forensik ke atas 12 lagi mayat penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir Gua Musang yang ditanam secara adat selepas meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman.Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan melakukan perkara itu sekiranya terdapat permintaan. Jelas beliau, Kementerian Kesihatan bersama agensi lain akan mengesan kubur 12 Orang Asli itu bagi tujuan berkenaan. Bagaimanapun, kata Datuk Seri Dr. Dzulkefly, setakat ini pihaknya sudah membuat bedah siasat dan mengesahkan dua penduduk Orang Asli yang mati terkena jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini