Kesedaran mengenai kepentingan suntikan vaksin imunisasi dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini masih rendah.
Demikian kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy. Antara punca tersebut ialah kurang ilmu pengetahuan mengenai kepentingan mengambil suntikan. Ini termasuk cara hidup mereka yang kerap berpindah randah, sehingga menyebabkan pegawai kesihatan sukar memberi suntikan imunisasi kepada kanak-kanak kaum minoriti itu. Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli akan melakukan pelbagai cara untuk memujuk orang asli, agar menerima suntikan vaksin untuk mengelak sebarang penyakit berjangkit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini