Prosedur Operasi Standard, SOP lebih menyeluruh dan bersifat jangka masa panjang selain mudah difahami rakyat bakal diumumkan menjelang fasa endemik bermula hujung Oktober depan.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hisahammuddin Tun Hussien, SOP itu akan berlandaskan kepada 3-tonggak utama iaitu melindungi nyawa serta kesihatan rakyat, Pengukuhan Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat.

Jelasnya, orang ramai boleh mengemukakan pandangan dan maklum balas bagi menambah baik serta memperkemas SOP COVID-19. Beliau berharap, SOP baharu yang bakal diumumkan lebih bersifat menyeluruh, jangka masa panjang, mudah difahami serta mematuhi 3-tonggak tersebut.

Ia penting bagi memasuki fasa Endemik bermula hujung Oktober ini yang memerlukan kerajaan dan rakyat harus bersama-sama menjalani kehidupan norma baharu dan hidup bersama Covid 19.

Masyarakat kini boleh menghantar maklumbalas tersebut menerusi beberapa platform yang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau di ruangan Twitter, atau mesej peribadi di Instagram milik beliau. Datuk Seri Hisahammuddin di temui dalam sidang Media bagi mengumumkan beliau kembali mengetuai usaha berkaitan Pengurusan Pandemik di bawah MKN, petang tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini