Kes jangkitan wabak Japanese Encephalitis ,JE  di Kedah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang kerana langkah pengawalan jangkitan telah dilaksanakan Jabatan
Kesihatan Negeri dan Pejabat Daerah Kota setar.
 
Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah,  Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, punca jangkitan masih disiasat dan kawasan yang terlibat bukan membabitkan kawasan ternakan binatang perumah.

Setakat ini secara keseluruhan 3 kes kematian dilaporkan akibat J-E di Kedah tahun ini  dan terbaharu  2 kes di Jalan Pegawai dan Tunku Bendahara di daerah Kota Setar pada 18 dan 25 November lalu.
 
Manakala satu kes lagi merupakan kes lama di daerah Pendang.

Pada 25 November lalu, Jabatan Kesihatan mengisytiharkan daerah Kota Setar sebagai kawasan wabak JE.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini