Orang tengah antara punca berlakunya kenaikan harga barang di Melaka.

Kumpulan berkenaan mengambil kesempatan menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan.

Bagi mengatasi isu itu, Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem menyatakan komitmen pihaknya untuk mencari penyelesaian.

Tambah beliau, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu memainkan peranan penting untuk atasi masalah berkenaan dengan membeli secara pukal dan jual terus kepada pasar tani.

Beliau, terdahulu membuat tinjauan harga barang di Pasar Besar MBMB, Bachang, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini