Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah memulakan kerja pembinaan terowong air berkembar pertama di Malaysia yang bakal menyalurkan 290 juta liter air sehari untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Ampang, Keramat dan Hulu Kelang.

Pengerusi PAAB, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, projek LRA terbesar di Asia Tenggara itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2023.

Ia merupakan sebahagian daripada projek Loji Rawatan Air, LRA Langat 2 bagi menghubungkan paip air dari Kolam Air Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang.

Terowong Koridor Utara ini berfungsi menyalurkan air terawat dan tempat simpanan air.


Datuk Seri Hasan Arifin berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah Terowong Koridor Utara LRA Langat 2.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini