Calon Presiden Filipina, Manny Pacquiao, menyatakan kesediaan mengisytiharkan hartanya dan mencabar semua penjawat awam agar mengambil tindakan sama.

Itu tekad bekas peninju terkemuka berkenaan yang mahu menghapuskan rasuah sekiranya dilantik ke jawatan tersebut.


Tegas Senator itu, beliau bekerja keras untuk kekayaannya, mempertaruhkan darah, peluh dan nyawanya untuk mendapatkannya.

Untuk itu katanya, semua penjawat awam perlu mengisytiharkan harta mereka.

Kenyataan Pacquiao tersebut dibuat selepas seorang lagi pesaingnya, Ferdinand Marcos Jr. dilaporkan berkata, beliau akan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mengeluarkan penyata asetnya.

Pacquiao menjadikan perjuangan memerangi rasuah sebagai kempen utama dalam pilihan raya presiden, dengan menyamakan pegawai terbabit rasuah sebagai kanser dalam kerajaan.

Beliau turut menzahirkan janji dan tekad untuk memenjarakan kesemua pegawai yang terbabit dengan rasuah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini