Seorang bekas paderi warga Amerika Syarikat dipenjara 12 tahun kerana didapati terlibat penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Warga emas berusia 84 tahun itu menjadikan penghuni rumah perlindungan di Timor Timur sebHukuman diputuskan panel hakim Mahkamah Oecusse.

Selain penjara, mereka juga memutuskan kerajaan untuk membayar pampasan kepada mangsa.

Sekurang-kurangnya 15 daripada ratusan kanak-kanak yang menghuni rumah perlindungan terbabit menjadi mangsa seksual Richard Daschbach.

Mahkamah tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa yang tidak tampil.

Berdasarkan congakan awal,  Daschbach dihukum penjara 37 tahun.

Namun, mengambil kira faktor usia, Hakim Yudi Pamukas memaklumkan hukuman terbabit dikurangkan lebih separuh.

Sepanjang perbicaraan, Daschbach dikenakan perintah tahanan rumah bagi mengelak dia melarikan diri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini