Pahang memberi jaminan setiap ketua keluarga yang layak menerima Bantuan Wang Ihsan sumbangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sebanyak RM1,500 akan menerima bantuan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya perlu meneliti permohonan yang menyebabkan sedikit kelewatan akibat masalah teknikal.

Namun, bagi mereka yang masih belum menerimanya, perlu berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah atau Pegawai Daerah. Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang 2022 fasa 2, Kluster pemandu Teksi di Kuantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini