Pahang memperuntukkan RM7.5 juta sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan banjir hujung tahun ini.

Hal tersebut dimaklumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ia termasuk RM2.5 juta kos bekalan barangan keperluan makanan seberat 199 tan yang dihantar secara berperingkat ke 140 pangkalan hadapan seluruh negeri itu bermula dengan Pulau Tioman pada 30 Oktober lalu. 

Pihaknya sentiasa bersedia berdepan gelombang banjir berikutan negeri itu setiap tahun menghadapi tengkujuh. 

Katanya,  keupayaan Pahang dalam menangani situasi banjir di tahap yang baik melalui kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini