Pahang menyasarkan daerah Lipis diiktiraf sebagai tapak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan, Sebagai langkah awal, kerajaan negeri telah melakukan perbincangan dengan Jabatan Mineral dan Geosains dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Perbadanan Taman Negeri Pahang untuk menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Lipis Geopark.

Beliau menerusi satu kenyataan memaklumkan, Jawatankuasa tersebut merangkumi keperluan sumber manusia dan kewangan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah geopark kebangsaan yang merupakan antara syarat untuk melayakkan Lipis Geopark dicalonkan sebagai UNESCO Global Geopark.

Aspirasi Lipis Geopark katanya, akan menjadi platform untuk memperkasa kepelbagaian warisan itu, selain mempertingkat sosio-ekonomi masyarakat setempat melalui kewujudan peluang pekerjaan dan kerancakan aktiviti pelancongan.

Beliau juga berharap usaha tersebut membolehkan daerah itu diuruskan secara holistik berteraskan kelestarian alam semula jadi selain menjadi tarikan pelancongan khususnya bagi mereka yang meminati bidang geologi.

Antara keunikan Lipis selain sebagai bandar warisan Pahang terdapatnya batuan berusia Devon–Perm Tengah iaitu sekitar 420 hingga 270 juta tahun lepas di Pos Betau yang menjadi bukti pertembungan dua plat tektonik yang membentuk Semenanjung Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini