Beberapa minggu lalu tular sebuah video di Facebook menyaksikan seorang lelaki berbangsa Cina mempamerkan bakatnya menyanyi di sebuah majlis kenduri.

Lebih mengejutkan, lagu yang berjudul Kain Cinta Putih oleh kumpulan Putra itu menjadi pilihannya untuk didendangkan sebagai halwa telinga kepada tetamu yang hadir.

Video tersebut dikongsikan pengguna Facebook, Jihair Bin Adey.

Reaksi netizen cukup mengujakan apabila mereka mula membanjiri ruangan komen menyatakan bangga melihat cubaan lelaki tersebut menyanyikan lagu berlainan bangsa dengan cukup fasih.

Video itu mendapat tontonan sebanyak 313 ribu oleh pelayar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini