Sepasukan doktor Amerika Syarikat catat sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan pemindahan jantung babi kepada manusia yang pertama seumpamanya di dunia.

Pesakit itu, David Bennett kini dalam keadaan stabil dan sihat, tiga hari selepas pembedahan dijalankan.

Pembedahan dilakukan pasukan perubatan Universiti Perubatan Maryland, dimana jantung babi berkenaan telah diubah suai secara genetik.

Sekali gus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang tersebut yang memungkinkan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu.

Sekiranya terbukti berkesan, para saintis berharap organ babi dapat mengurangkan isu kekurangan bekalan organ yang didermakan.

Dr Bartley Griffith, antara doktor yang turut serta dalam pembedahan itu optimis pembedahan seumpamanya, akan membuahkan pilihan baharu buat pesakit pada masa akan datang.

Sementara itu Bennett, 57 tahun berharap pemindahan berkenaan akan membolehkannya meneruskan kehidupannya

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini