Panel penasihat perubatan kerajaan Amerika Syarikat menyokong penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Sekaligus menjadikan 28 juta kanak-kanak negara itu layak mendapat vaksin menjelang pertengahan bulan depan. Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika, FDA yang mengadakan mesyuarat itu dijangka memberi persetujuan tidak lama lagi.

Jurucakap FDA berkata ramai kanak-kanak berisiko tinggi akan mendapat manfaat dan risiko sampingan yang mungkin sangat rendah. Ini memandangkan dos yang digunakan akan diturunkan kepada 10 mikrogram, berbanding 30 mikrogram bagi golongan dewasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini