Kebergantungan kepada vaksinasi sahaja tidak cukup untuk menurunkan kadar kes harian COVID-19 di United Kingdom, UK.

Pakar Vaksin, Prof Adam Finn sehubungan itu menasihati pentadbir di UK untuk tidak berasa selesa dengan peningkatan kadar vaksinasi di negara itu. Menurutnya rakyat perlu berusaha melakukan ujian kendiri Covid-19 , terus memakai pelitup muka dan elak bersesak di ruang tertutup, bagi mengelak peningkatan kes menjelang ketibaan musim sejuk.


Finn menjelaskan walaupun vaksin sangat berkesan untuk mencegah orang ramai dari jatuh sakit, ia tidak berkesan menghentikan jangkitan, yang  terus meningkat di U-K.

Setakat ini, kerajaan UK menggalakkan rakyatnya yang berisiko untuk mengambil dos penggalak dan pada masa menggesa mereka yang belum divaksin, berbuat demikian.

Bagaimanapun , Perdana Menteri Boris Jonhnson menolak saranan menguatkuasakan semula langkah seperti pemakaian pelitup muka dalam premis.

Khamis lepas, kes harian COVID-19 UK meningkat kepada lebih 50,000, kali pertama sejak Julai lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini