Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) Pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 kilometer dikenalpasti mengalami kelewatan lebih 100 hari daripada jadual ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata turut mengalami kelewatan ialah pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa.

Pembinaan Lebuhraya (KB-KK) bagi pakej berkenaan sepatutnya siap bulan lepas manakala kelewatan berlaku terhadap pembinaan terminal baharu di LTSIP, Pengkalan Chepa.

Pihak terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan telah diminta mengambil langkah proaktif untuk mencari jalan penyelesaian bagi memastikan pelaksanaan kedua–dua projek dapat diteruskan dalam tempoh terdekat.

Datuk Seri Mustapa bercakap selepas Sesi Taklimat dan Mesyuarat Pengurusan Projek Pembangunan Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan sehingga Mei 2022, Kelantan telah membelanjakan hampir RM665 juta atau 27.8 peratus peruntukan pembangunan yang disediakan untuk melaksanakan hampir 400 projek di negeri itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini