Syarikat Warner Bros. dan Airbnb menawarkan pakej penginapan semalaman di dalam van The Mystery Machine bagi meraikan ulang tahun ke-20 filem komedi seram Scooby-Doo.

The Mystery Machine adalah nama van ikonik siri kartun leĀ­genda itu yang popular di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Pelakon Watthew Lillard yang melakonkan watak Shaggy dalam filem itu bakal melayan tetamu di dalam van ikonik tersebut yang akan berada di Pantai Malibu, California Selatan untuk penginapan selama tiga malam bermula 24, 25 dan 26 Jun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini