Bekas Pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan melakukan penipuan tawaran pakej umrah pada 2016. Mohd. Adam Mohd. Ghazali, 31 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.Tertuduh menghadapi 26 pertuduhan di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan kerana menipu antara Jun hingga Oktober 2016. Mohd. Adam dituduh menipu lebih 20 mangsa di beberapa daerah di Terengganu, membabitkan jumlah kerugian hampir RM200,000. Hakim menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan semula kes, dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan tiga orang penjamin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini