Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penawaran visa furada dengan pakej yang boleh mencecah lebih RM50,000 namun tiada sebarang jaminan visa haji diluluskan kepada pemohon.

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa melibatkan jumlah kuota Tabung Haji (TH).

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sehingga kini Arab Saudi tidak memaklumkan mengenai pengeluaran visa furada musim haji tahun ini   dan mereka yang telah membuat pembayaran perlu lebih berhati-hati.

TH katanya seringkali mengingatkan risiko haji furada apatah lagi kerajaan Arab Saudi menetapkan pelbagai syarat untuk musim haji tahun ini.

Beliau turut mengingatkan individu atau syarikat yang menawarkan visa furada tanpa lesen boleh dikenakan tindakan di bawah Akta TH iaitu kesalahan kerana mengiklan atau mengendalikan haji tanpa mempunyai lesen daripada TH.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini