Palang Merah Singapura (SRC) berikrar menghulurkan bantuan kemanusiaan masing-masing bernilai 50,000 dolar amerika kepada Malaysia dan Filipina susulan bencana alam di negara jiran tersebut.

Bantuan akan disalur kepada Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina.

Ketua pegawai eksekutif SRC, Benjamin William meenyatakan bencana membukitkan keperluan komuiti global sama-sama menangani perubahn iklim dan kemusnahan alam sekitar.

Pertubuhan itu turut menyatakan sokongan kepada usaha menyelamat dan bantuan yang sedang dilaksana di Malaysia dan Filipina.

SRC juga melancarkan tabung bantuan.

Dana yang dikumpul akan disalurkan bagi membantu usaha pemulihan terhadap komuniti yang terjejas.

Maklumat lanjut mengenai tabung bantuan boleh didapati di laman web pertubuhan terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini