Selepas dua tahun, Uganda yang menjadi negara paling lama menutup sekolah akibat pandemik COVID-19, akhirnya membuka semula sekolah.

Menteri Pendidikan, John Muyongo berkata, semua pelajar akan menyambung semula kelas secara automatik dengan memasuki darjah berikutnya ketika persekolahan dihentikan dalam tempoh itu.

Kira-kira 15 juta murid tidak bersekolah di Uganda sejak Mac 2020, apabila bilik darjah ditutup ketika COVID-19 melanda dunia.

Kumpulan hak asasi kanak-kanak mengkritik keputusan Uganda untuk menutup sekolah sepenuhnya atau sebahagiannya selama 83 minggu, lebih lama daripada tempat lain di dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini