Seorang bekas pembantu tadbir dari sebuah sekolah agama dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kangar setelah mengaku bersalah melakukan pemalsuan dokumen pembayaran gaji.
Nor Suhada Saad, 22 tahun, mengaku bersalah selepas lima pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Datuk Ibrahim
Osman.
Menurut fakta kes, Nor Suhada menggunakan dokumen palsu dan senarai pembayaran gaji bagi bulan April sehingga Ogos 2020 di Bank Islam Cawangan Kangar untuk manfaat diri
sendiri.
Ibu kepada tiga anak itu didakwa mengikut seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.
Nor Suhada menjelaskan denda berkenaan.