Bagi mendedahkan generasi baharu kepada dunia seni lukis dan dapat mengasah bakat, sebanyak 150 karya seni dihimpunkan dalam Pameran Sensoramaya di Galeri Seni Lukis Negeri. Berkonsepkan karya 2 Dimensi, ianya melibatkan penyertaan pelajar dari 6 buah sekolah rendah di Perlis.

Menurut Exco Pendidikan Negeri, Rozieana Ahmad, program ini menjadi satu platform bagi meningkatkan martabat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kalangan murid-murid.
 
Selain itu, dapat mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni dalam empat bidang mengikut sukatan pelajaran akan tercapai.
 
Antara sekolah terlibat iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Sekolah Kebangsaan Sena, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis. Beliau menyatakannya pada Majlis Perasmian Pameran Sensoramaya Himpunan Pelajar Seni Visual di Galeri Seni Lukis, Simpang Empat, Perlis.
 
Pameran dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Persatuan Pelukis Perlis, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dan SK Seri Indera akan berlangsung selama sebulan sehingga 10 Januari depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini