Kelayakan Piala Asia 2023.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mahu pemainnya melupakan kekecewaan Sabtu lalu dan fokus kepada aksi menentang Bangladesh.

Menurutnya, Malaysia perlu memastikan kemenangan pada pertemuan terakhir, sekali gus mencerahkan peluang ke pusingan akhir tahun depan.

Pengendali dari Korea Selatan itu juga yakin semua pemain Harimau Malaya sedar dengan tanggungjawab yang bakal dipikul pada aksi ketiga Kumpulan E itu.

Malaysia dijadual menentang Bangladesh pada pukul 9 malam, manakala Bahrain akan bertemu Turkmenistan pada 5.15 petang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini