Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam eksport berasaskan kayu getah ke luar negara. Ini memandangkan nilai eksport produk berkenaan yang terus meningkat kepada RM13 billion tahun ini, berbanding RM11 billion tahun lepas.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi( KPPK), Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng berkata, produk berasaskan kayu tidak terjejas sepanjang perintah kawalan ergerakan,  malah eksport  terus meningkat.

Beliau ditemui selepas lawatan ke Stesen Penyelidikan Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Stesen itu menempatkan Kompleks Intergasi Pemprosesan Getah (IPC) yang berperanan meningkatkan industri getah melalui pembangunan teknologi termaju dan mesra alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini