Seorang pemilik kedai telefon bimbit mengaku tidak bersalah, di Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas tuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu konvoi polis dan orang awam.

Tan Wai Meng, 29 tahun didakwa memotong dengan laju di sebelah kiri, di kilometer 4.5 Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), menghala ke pusat bandar Johor Bahru, 7 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes 28 Julai depan untuk serahan dokumen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini