Panel pakar kesihatan yang dilantik kerajaan Amerika Syarikat, meluluskan kebenaran pil anti-COVID, Merck diberikan kepada pesakit dewasa yang berisiko tinggi. Satu rawatan alternatif yang mudah diuruskan dan terbukti lebih mampu melawan virus itu termasuk varian Omicron.

Dalam pengundian yang dijalankan pada Selasa, 13 pakar menyokong dan 10 pakar menolak. Sascha Dublin dari Institut Penyelidikan Kesihatan Kaiser Permanente Washington mengakui sukar untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, beliau berharap pil berkenaan dapat dikawal dengan lebih ketat dan diberikan kepada pesakit COVID-19 yang paling sesuai dengan rawatan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini