Ini pula impak Covid-19 kepada budaya panggung wayang pandu lalu di Florida, Amerika Syarikat. Penularan pandemik berkenaan telah menghidupkan kembali perniagaan berkenaan di negeri tersebut. Penularan Covid-19 menyumbang kepada peningkatan mendadak perniagaan tersebut selepas mengalami musim suram berikutan saingan hebat pawagam di pusat beli belah. Penduduk di Florida kini tertumpu di panggung wayang pandu lalu kerana ia lebih selamat. Penonton hanya perlu duduk di dalam kereta untuk menonton filem tanpa berlaku pergaulan sosial yang mendedahkan risiko jangkitan Covid-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini