Panggung wayang secara pandu masuk yang pertama di India telah dibuka secara rasminya.

Beroperasi di atas bumbung sebuah pusat beli belah di Mumbai panggung wayang itu mampu memuatkan lebih 290 buah kereta sekaligus menjadi panggung wayang terbesar di bandar berkenaan.

Dikendalikan operator terbesar India, PVR dan dimiliki individu terkaya di Asia, Mukesh Ambani, panggung itu bukan sahaja akan menayangkan filem Bollywood, malah turut menampilkan filem Tamil yang dibintangi superstar tempatan Rajinikanth.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini