Susulan insiden bangunan pangsapuri runtuh di pulau Sicily, Itali pada semalam.

Usaha mengeluarkan mangsa terperangkap masih diteruskan termasuk mayat seorang pekerja perubatan yang mengandung.

Pangsapuri tersebut dilaporkan runtuh akibat letupan gas yang meyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut.

Menurut pihak berkuasa, usaha mencari  mereka yang terselamat masih diteruskan pada hari ini.

Semalam, beberapa gambar kejadian disiarkan di televisyen yang memaparkan sejumlah besar serpihan runtuhan dan kayu di kawasan lapangan dengan sebuah lagi bangunan bersebelahan hangus sewaktu kejadian letupan.

Media tempatan melaporan letupan itu berkemungkinan berpunca daripada kebocoran gas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini