Panik disergah pasukan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) bertindak lari meninggalkan anaknya yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri.

Ketika serbuan kanak-kanak lelaki tujuh tahun itu dilaporkan sedang nyenyak tidur di dalam biliknya di sebuah rumah di perkampungan setinggan yang terletak di Segambut Bahagia Tambahan di ibu negara.

Bagaimanapun, pegawai Imigresen berjaya menemui ibunya, seorang warga Indonesia, bersembunyi dalam sebuah lubang yang digali di bawah rumahnya. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, seramai 211 individu diperiksa.

Manakala 106 PATI warganegara Indonesia, terdiri daripada 45 lelaki dan 61 wanita berusia lingkungan sebulan hingga 55 tahun ditahan dalam operasi yang bermula sekitar pukul 2 pagi Sabtu.

Kebanyakan PATI terbabit bekerja dalam sektor pembersihan dan pembinaan serta dipercayai ada yang sudah menetap secara haram di perkampungan setinggan tersebut sehingga lima tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini