24 buah bas henti-henti disediakan Panorama Melaka bagi memudahkan perjalanan dan pergerakan pengguna.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, pertambahan itu menjadikan keseluruhan 43 buah bas henti-henti yang beroperasi di 17 laluan seluruh negeri.

24 buah bas dibeli sepenuhnya oleh Panorama Melaka manakala baki 19 buah bas lagi di sewa.

Semua bas baharu milik agensi itu dilengkapi dengan sistem pengesanan kelajuan dan laluan selain turut mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
 
Inisiatif Program Bas Penyayang yang menyediakan tiket percuma kepada golongan bersasar turut diteruskan. Kemudahan ini memberi manfaat kepada kira-kira 33,000 rakyat Melaka dengan kos keseluruhan RM985,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini