Ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di asrama disaran sentiasa melakukan pemantauan sebarang perubahan sikap pada mereka, supaya insiden membuli rakan-rakan sekolah tidak berlaku.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut mengharapkan guru dan warden asrama memainkan peranan penting untuk melakukan tindakan, sekiranya menyedari perubahan pada diri pelajar berkenaan.

Beliau yang juga merupakan bekas guru berkata gejala buli tidak boleh dipandang ringan, kerana berkait rapat dengan isu moral pelajar terbabit dan perlu ditangani segera bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini