Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menepati ramalan apabila melangkah ke final kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Bagaimanapun, juara dunia enam kali itu dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi pemain Taiwan, Fang Jen Yu 15-21, 21-10, 21-16 dalam aksi separuh akhir di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Liek Hou akan bertemu pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam aksi final yang dijadual berlangsung pada jam 3 petang ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini