Impian untuk melihat Pelumba basikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, melakar kejutan tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan acara lebuh raya C1-3 di tempat ke-33 pagi tadi.

Atlet berusia 23 tahun kelahiran Perak itu  menamatkan perlumbaan dalam cuaca hujan di Fuji International Speedway dengan ketinggalan satu pusingan berbanding pelumba di kelompok depan. Yusof Hafizi menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-33 daripada 39 peserta.

Ini merupakan acara kedua dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan Paralimpik selepas menduduki tempat kelima acara ujian masa C1 kelmarin. Dua pelumba Great Britain, Benjamin Watson dan Finlay Graham masing-masing mengungguli kedudukan satu dua manakala gangsa pula menjadi milik peserta Perancis, Alexandre Leaute.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini