Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah Kinabatangan terus melakukan pemantauan berikutan paras air Sungai Kinabatangan meningkat ke paras amaran walaupun tiada hujan.

Pemantauan secara berkala itu melibatkan lima anggota bomba dibantu enam anggota Rela menggunakan aset sedia ada.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, peningkatan paras air berpunca daripada air Sungai Ulu Kuamut yang melimpah ke Sungai Kinabatangan.

Ketika ini, bacaan paras air Sungai Kinabatangan telah melebihi 9.3 meter iaitu pada paras amaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini