Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan penduduk di lima negeri iaitu Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka agar berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa.

Ia berikutan paras air sungai di beberapa kawasan berada pada tahap bahaya.

JPS memaklumkan di Pahang, aras air Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan berada pada tahap bahaya dengan trend menaik.

Manakala di Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera juga di tahap bahaya namun pada trend air menurun.

Sementara itu, di Selangor, Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam juga berada pada aras bahaya dengan trend air meningkat.

JPS turut memaklumkan di Johor, aras air Sungai Lenik di Ladang Chaah serta Sungai Segamat di Bandar Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur berada pada aras bahaya dengan trend air menurun.

Bagi Negeri Sembilan, trend aras air Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol menurun, namun tetap berada pada aras bahaya.

Pada masa sama, di Melaka, Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin berada pada aras bahaya.

Manakala Sungai Melaka di Batu Hampar juga berada pada paras bahaya dengan trend air menaik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini