Pelakon Korea Selatan, Park Seo-joon dikhabarkan akan membintangi filem superhero terbaharu Marvel Studios.

Demikian menurut agensinya Awesome Entertainment dalam satu kenyataan.

Pihak itu memberitahu, perincian projek, termasuk judul filem, jadual penggambaran dan lokasi, akan diumumkan kemudian.

Seo-joon, 32 tahun, bakal menjadi pelakon ketiga dari Korea yang membintangi filem Marvel, selepas Soo-hyun dan Ma Dong-seok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini