Sepanjang 18 bulan pelaksanaan Ops Benteng, sehingga 31 Oktober lalu, seramai 16,229 Pendatang Tanpa Izin, PATI berjaya ditahan.

Operasi berkenaan juga berjaya mengusir 3,666 PATI yang cuba memasuki negara secara tidak sah menerusi daratan dan perairan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, Ops Benteng juga turut berjaya menumpaskan aktiviti jenayah yang lain seperti penyeludupan.

Menurut beliau, dengan kejayaan menumpaskan ancaman pencerobohan dan jenayah, Angkatan Tentera Malaysia, akan terus diperkasa menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.

Selain itu, Ops Benteng akan diterus dilaksanakan dan peruntukan terus disalur untuk kelancaran operasi.

Datuk Seri Ikmal Hisham menjawab pertanyaan Ahli parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini