Empat usul dibahas Parlimen Belia yang bermula hari ini. Persidangan dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Usul yang dibincangkan adalah pindaan had umur minimum perkahwinan dan inisiatif khas menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor penternakan serta pertanian. Turut dibahas, pindaan akta perlindungan kanak-kanak, orang tua dan golongan orang kurang upaya selain mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Sidang melibatkan 153 Ahli Parlimen Belia. Sesi penggulungan dijangka disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini