Unit Orang Kurang Upaya (OKU) ditubuhkan Parlimen Indera Mahkota bagi membantu mereka yang menghadapi masalah penglihatan dan pendengaran untuk berurusan di jabatan-jabatan strategik.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, bagi fasa pertama, 12 kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota diberi latihan asas bahasa isyarat. Menurutnya, Kursus Asas Bahasa Isyarat Unit OKU itu dibuka pada setiap hujung minggu, selama tiga bulan bermula hari ini.

Mereka dibimbing oleh 2 orang guru yang juga jurubahasa isyarat.

Jelas beliau, setelah mereka mampu mengaplikasikan bahasa isyarat, maklumat diri mereka akan dihantar ke jabatan-jabatan dan agensi seperti hospital, pusat kesihatan, balai bomba, balai polis serta jabatan pendaftaran negara.

Melalui inisiatif itu katanya, OKU yang mempunyai urusan di jabatan-jabatan terbabit boleh menggunakan khidmat mereka.

Beliau yang juga Menteri Luar ditemui selepas merasmikan Kursus Asas Bahasa Isyarat Unit Orang Kurang Upaya (OKU) Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota dan penyerahan sumbangan kepada jemaah Haji dalam parlimen itu di Kuantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini