Pembangunan industri kreatif dan digital telah dikenal pasti sebagai antara penyumbang positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada 2019, industri kreatif termasuk kandungan kreatif digital seperti animasi, permainan digital, media interaktif, dan komik digital telah menyumbang sebanyak RM29.4 bilion kepada KDNK. Manakala, sejumlah RM31.9 bilion disasarkan pada tahun 2025.

Bagi mencapai sasaran itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui agensinya, menawarkan pelbagai program dalam bentuk kemudahan pembiayaan, pembangunan kapasiti, akses dan promosi. Tambahnya, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, MDEC, turut melaksanakan pelbagai program.

Sehingga kini, lebih 270,000 peserta yang terdiri daripada golongan belia telah mendapat manfaat daripada program-program tersebut. Datuk Zahidi menjawab pertanyaan ahli parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini