Kerajaan tiada cadangan untuk mengenepikan Pelan Pemulihan Negara, PPN empat fasa yang dilancarkan sebelum ini.

Malah, PPN yang dibangunkan sejak Jun 2021 bersifat komprehensif dan dinamik dalam mengawal penularan Covid-19.

Jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas), Datuk Mastura Mohd Yazid, ia adalah langkah berterusan bagi membolehkan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat dan berhati-hati.

Datuk Mastura berkata, hanya 2 negeri yang masih belum mencapai fasa 4 iaitu, Kelantan dan Sarawak.

Datuk Mastura menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini