Kementerian Kerja Raya mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian Kewangan, bagi membantu kontraktor mendepani kenaikan harga bahan binaan, seterusnya menyelesaikan pembinaan projek kerajaan.

Ia termasuk memperluas pemakaian Syarat Perubahan Harga atau VOP bagi kontrak kerja reka dan bina.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, turut dicadang penambahan senarai bahan binaan dalam VOP, daripada enam kepada 23 jenis.

Selain itu, VOP juga dilanjutkan sehingga penghujung tahun depan.
 
Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Dungun,Wan Hassan Mohd Ramli.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini