Sidang Dewan Rakyat diberitahu kos keseluruhan bagi perkakasan dan infrastruktur rangkaian liputan 5G negara, berjumlah RM12.5 bilion.

Jelas Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa, kos itu dianggarkan selepas Digital Nasional Bhd (DNB) menjangkakan 1.5 bilion ringgit lagi diperlukan bagi gentian telekomunikasi tambahan selama 10 tahun daripada Telekom Malaysia.

Ini disebabkan infrastruktur gentian telekomunikasi dalam negara yang berada pada tahap lebih rendah daripada dijangkakan.

Selain Ericsson yang  dilantik sebagai pembekal perkakasan rangkaian, para pembekal, kontraktor dan syarikat yang akan terlibat dalam pelaksanaan rangkaian 5G secara umumnya,  terdiri daripada pemilik tapak, pemilik gentian telekomunikasi serta pembekal tenaga elektrik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini