Sejak Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 21,397 permohonan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

15,053 daripadanya melibatkan permohonan daripada golongan B40, manakala bakinya terdiri daripada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sepenuh masa.

Ketika menjawab pertanyaan wakil Rasah, Cha Kee Chin beliau turut memaklumkan, permohonan SPPP masih dibuka dan kementeriannya mensasarkan 100,000 pendaftaran baharu diterima bagi skim berkenaan.

Ia selari usaha merancakkan lagi fasa pemulihan ekonomi negara akibat pandemik covid-19, seperti dirangka kerajaan melalui Bajet 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini