583,427 Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat akhir bulan lalu.

Jumlah OKU berdaftar itu masih rendah, jika dibandingkan dengan keseluruhan 4.8 juta OKU di negara ini, seperti dianggarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya melancarkan program MyDaftar OKU, dalam usaha meningkatkan jumlah OKU berdaftar.

Ia penting bagi memperoleh peluang saksama, selain kemudahan dan perlindungan disediakan kerajaan.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini