Majlis Negara Portugal, yang dipengerusikan Presiden Marcelo Rebelo de Sousa memutuskan untuk membubarkan parlimen.

Keputusan itu dibuat selepas Ahli Parlimen menolak rang undang-undang belanjawan 2022.

Dalam satu kenyataan, pejabat presiden memaklumkan cadangan pembubaran parlimen itu turut mendapat sokongan kebanyakan anggota badan perundingan tersebut.

Presiden De Sousa dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya awal selepas berunding dengan pemimpin parti politik utama.

Terdahulu, Rang undang-undang belanjawan 2022 yang dikemukakan kerajaan itu gagal mendapat sokongan parlimen minggu lepas.

Menurut media tempatan, Pilihan raya awal dijangka diadakan pada Januari.

Parti Sosialis yang memerintah negara dengan memperoleh sokongan minoriti dan mendapat sokongan Parti Komunis dan Blok Kiri (BE), tidak menyokong belanjawan atas alasan beberapa janji seperti meningkatkan gaji minimum tidak direalisasikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini