Bermula September lalu, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU).

Program dirangka bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka atau di rumah (PdPR) yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.

Jelas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, salah satu aspek yang diberi penekanan dalam program tersebut ialah pemugaran literasi dan numerasi. Penekanan juga diberikan kepada penglibatan ibu bapa dalam menyokong pelaksanaan PdP.

Tambahnya lagi, pihak kementerian juga memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah atau Primary Literacy and Numeracy (PLaN) untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Pelaksanaan PLaN adalah sebagai program sokongan PdP yang menyeluruh untuk membantu memantapkan kemahiran membaca, menulis dan mengira, 3M. Datuk Dr Mah Hang Soon menjawab pertanyaan ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini