Suruhanjaya Pilihan Raya SPR akan menyediakan khemah khas untuk saringan kesihatan bagi pengundi yang dilihat mempunyai gejala COVID 19 pada pilihanraya negeri Melaka nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, langkah itu bagi memastikan tidak berlaku penularan wabak sepanjang proses pengundian.

Datuk Seri Dr. Wan Junaidi menjawab soalan tambahan yang diutarakan oleh wakil Kota Melaka, Khoo Poay Tiong. PRN Melaka ditetapkan pada pada 20 November depan, manakala hari penamaan calon pada lapan November ini. SPR juga menetapkan hari pengundian awal pada 16 November.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini